Sunday, July 10, 2011

10 Julai 2011- BERSABARLAH

Walaupun sudah genap umur 22 tahun tetapi aku masih hidup dalam kongkongan keluarga. Aku merasa amat tertekan dengan kehidupan begini. Walaupun demikian aku mengetahui semua itu adalah untuk kebaikan diriku namun aku juga mahu kehidupan aku sendiri. Aku mahu belajar hidup berdikari dan bebas melakukan aktiviti aku. Aku sudah besar dan aku mahu "LIFE" aku sendiri. Aku tidak bersetuju semua perkara yang aku lakukan mesti ada pihak yang campur tangan. Aku masih mampu menilai mana baik dan mana buruk. Sememangnya sukar untuk aku belajar berdikari jika tiada sokongan dari keluarga. Perkara yang amat sukar adalah apabila ibu bapa sendiri tidak yakin dengan anak sendiri dan tidak percaya dengan karenah anak sendiri. Sampai bila aku harus begini????. Hidup bagaikan terkurung dalam penjara. Semua keputusan keluarga aku yang tentukan. Aku juga mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri dan aku mahu meneruskan alam dewasa dengan cara aku yang tersendiri kerana aku juga punyai pendirian hidup untuk menentukan masa depan aku sendiri. Aku tidak mengerti dengan sikap kedua ibu bapaku yang terlampau mengambil tahu tentang anak-anak sehinggakan anak-anak tidak diberi peluang untuk menikmati kehidupan dan menjalani alam remaja serasi dengan gaya hidup anak remaja zaman sekarang. Walaupun demikian aku masih tahu batas-batas dalam menjalani kehidupan sebagai remaja yang akan melangkah masuk ke alam dewasa. Aku mengerti semua ini adalah untuk kebaikan aku sendiri tetapi jiwa aku tidak dapat menerima sikap autoritative kedua ibu bapa yang terlampau. Ps tuk diri sendiri "Lina, come on la, ada hikmah la tu parents u buat mcm tu, untuk kebaikan kamu jugak la..kamu sorang je kan anak gadis dalam family, tats why la parents u buat macam tu"...hehhehe... tapi xper, ayah penah ckp selagi lina xnikah, lina tetap dalam tanggungan ayah... Itulah moralnya.. setiap yang berlaku ada la hikmahnya tu...so, dun worry, be happy...

No comments:

Post a Comment